Thursday, November 5, 2015

Perang Telur!

Dulu, dalam sebuah negara putar alam, wujud kisah pahlawan perang yang di kagumi di negara semesta alam.. 

Pahlawan-pahlawan ni tak pernah pun masuk medan tempur sebenar, kalau ada yang pernah perang, sekadar duduk belakang-belakang je pun. 

Oleh kerana nak tunjuk mereka ni pahlawan, mereka pun anjur la 'mock trial' macam perang. Lepas tu mereka pun pillih la sesama mereka siapa nak jadi apa dalam 'mock trial' perang tersebut. 

Kemudian, mereka pun cuba ajak pencacai-pencacai dan hamba abdi untuk sama-sama main 'mock trial' perang mereka. 

Peliknya, mereka yang pahlawan ni boleh pula pilih semua bahagian pahlawan untuk bersama mereka. 

Mereka buat undang-undang supaya pencacai dan hamba abdi ni kena ikut bahagian masing-masing.

Pahlawan-pahlawan ni sebenarnya nak anjur 'perang' ni untuk mereka sahaja ke atau nak pencacai dan hamba abdi ni sertai sama? 

Kalau nak rasa 'berperang' dengan hamba dan pencacai, rasa la bersama main dengan pencacai dan hamba.. 

Tujuan buat perang ni sebenarnya nak hiburkan siapa? 

Saya tak mengajar ilmu perang, saya dah lama kena kecam kerana saya ada telur! Orang lain saya tak tahu la ada telur ke tak? 

Cerita ini rekaaan semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa pun! 😋

Friday, October 30, 2015

Hentikan Iklan Haram Atau Dikenakan Hukuman Sebat - Datuk Bandar Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - Selepas pelbagai usaha menangani iklan haram tetap menemui jalan buntu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang mengenakan hukuman lebih berat termasuk sebatan kepada pelakunya.

Datuk Bandar Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata DBKL kini bercadang meminda undang-undang kecilnya kerana percaya hukuman sebat mampu menakutkan pesalah.

Mhd Amin turut mencadangkan sebatan hanya dikenakan kepada mereka yang ditahan ketika memasang iklan haram itu.

"Pelbagai inisiatif telah kami (DBKL) laksanakan tapi saya lihat masih banyak iklan haram yang ditampal, saya boleh katakan kalau kami dah turunkan 100 iklan haram, 200 lagi iklan baharu muncul,"

"Kami perlu mengambil tindakan agresif menangani masalah ini dan sebatan adalah cara terbaik," katanya dalam sidang akhbar pada Jumaat.

Selain sebatan, Mhd Amin Nordin juga berkata DBKL turut bercadang menaikkan jumlah denda terhadap pemilik syarikat iklan haram itu dan pelaku yang memasang iklan berkenaan dari RM2,000 kepada RM50,000.

Mhd Amin berkata dari Januari hingga hari ini, DBKL telah menurunkan 901,878 iklan haram yang ditampal atau dipasang di ibu kota, dan mengeluarkan 190 kompaun kepada pelaku manakala 166 syarikat masih dalam proses tindakan undang-undang.

Menurutnya DBKL telah melaksanakan pelbagai inisiatif menangani masalah ini termasuk menyapu cat anti-pelekat di tiang lampu, mewujudkan pasukan petugas khas membersihkan iklan haram di ibu kota serta menahan pelakunya.

Sebagai tambahan, DBKL turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membatalkan nombor telefon yang tertera di iklan haram.

Datuk Bandar itu turut menjelaskan DBKL sedang berunding dengan Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan ke atas syarikat percetakan yang didapati mencetak iklan haram atau menawarkan perkhidmatan memasang iklan berkenaan, dengan membatalkan lesen serta merampas mesin mereka.

Menampal dan memasang iklan haram adalah satu kesalahan di bawah Undang-undang Kecil (Wilayah Persekutuan) 1982 dan Undang-undang Kecil Vandalisme (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1991.

---Bernama

Thursday, October 29, 2015

Kereta Elektrik Penguatkuasa DBKL!


Viral pasal kereta elektrik yang di gunakan oleh penguatkuasa DBKL. 

1. Kena faham peranan syarikat & pihak berkuasa tempatan. Kerana ada projek atau pembangunan memerlukan kerjasama & penyelidikan. Kereta elektrik itu adalah salah satu dari program penyelidikan. 

2. Tiada kos pembelian. Tidak mengunakan cukai rakyat atau cukai hiburan atau cukai pintu atau GST, atau menyebabkan pembaziran kerana nilai kenderaan tersebut atas nilai kos 'sampel'. Sepertimana kita mencuba makanan atau syampoo atau paket atau hadiah percuma dari pembelian lain. Contoh beli milo dapat sepeket maggi. 

3. Setahu saya, projek kereta elektrik tu adalah sebahagian dari projek Go Green yang di lancarkan di luar negara dan di bawa masuk oleh beberapa syarikat 'berjenama' di dalam negara. 

4. Seperti mana kita sumpah seranah pada kerajaan Indonesia kerana jerebu, begitulah juga mereka sumpah seranah pada kenderaan yang tak keluar asap ni. Kenapa jadi begitu? Kita benci asap atau kita suka asap? 

5. Kena ingat, bahawa kereta elektrik ni adalah 'sampel percuma' yang diberikan kepada DBKL untuk  di uji cuba. Oleh kerana yang banyak 'berjalan' & 'sentiasa di lapangan', Jabatan Penguatkuasaan DBKL di pertangungjawabkan beberapa unit sebagai projek 'pilot' kepada usaha Go Green tersebut. 

6. Saya ada lihat, syarikat yang sama 'mengedar' kenderaan kereta elektrik ni bertindak 'menyewakan kepada warga / penduduk Putrajaya. Lokasi sewaan depan Masjid Putrajaya. 

7. Saya ingatkan sekali lagi, kos yang terlibat itu tidak membebankan rakyat, tak menggunakan duit rakyat atau sebarang cukai dari rakyat. Malah, cukai jalan pun saya agak tak perlu bayar ( bagi kenderaan penguatkuasaan ). 

8. Cuba fahami usaha PBT atau pihak berkuasa tempatan nak menyediakan suasana yang selesa & sihat untuk kesejahteraan generasi akan datang. Kita bangunkan segala kemudahan untuk keselesaan. Bukan buat untung dengan duit cukai atau jadi kaya raya dengan cukai. 

9. Bagi pihak DBKL & Jabatan Penguatkuasaan, kami dengan sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dari masa ke semasa. Kerana kami juga adalah warga kota Kuala Lumpur. Walaupun asal usul kami dari Perak, Kedah, Perlis atau Johor sekali pun. Kami berkhidmat! 

10. Jangan percaya cakap saya jika tak mampu menerima pandangan atau berfikir dengan positif. Kita kan sama.. 

Ikhlas dari saya
Hisham Hashim
Pekerja Rendah Awam Kelas 3

Saturday, October 17, 2015

Berus Gigi!

Bagaimana kumpulan atasan boleh mendapat komisen dan habuan mengikut peratus berbanding dengan kumpulan bawahan yang di anggap menerima rasuah, wang sogokan agar tidak dikenakan tindakan atau duit kopi yang di anggap mengancam kedaulatan negara. 

Bagaimana sebuah syarikat boleh mempengaruhi kerajaan dan mendapat jaminan kerajaan untuk mendapat pinjaman berbilion ringgit? 

Bagaiamana sebuah syarikat yang di tubuhkan untuk kerajaan boleh membeli sebidang tanah dengan harga 60 ringgit sekaki dan menjual semula kepada syarikat lain dengan harga hampir 3 ribu ringgit sekaki? 

Kita tak nampak kesalahan yang berlaku? Kita sedar atau tidak mereka berjaya jadikan urusan tersebut sebagai sah! Komisen yang mereka perolehi juga sah! 

Bagaiamana pula jika seorang penguatkuasa nak dapat komisen dan habuan yang sedemikian? Jika ada orang awam yang ingin dapatkan lesen atau permit atau kebenaran menjalannkan urusan perniagaan di dalam kawasan Kuala Lumpur ini? Boleh atau tidak seorang penguatkuasa mengunakan masa lapang atau masa luar tugasnya menjadi agen atau menguruskan lesen / permit atau kebenaran atau mengunakan kuasa pengetahuannya mendapat upah dan imbuhan dan habuan? 

Saya cadangkan idea ini untuk menjadikan urusan seorang penguatkuasa itu sah dari segi undang2. Modalnya hanya daftar syarikat SSM dan beli beberapa dozen berus gigi pelbagai jenama dan buku resit! 

Setiap urusan yang melibatkan upah atau perkhidmatan, kita bagi berus gigi tersebut dan keluarkan resit pada jumlah yang kita terima. Jadi, jika kita di tangkap atau di rakam video atau di tuduh menerima suapan atau rasuah, kita cakap la kita hanya MENJUAL BERUS GIGI. Transaksi kita sah! Mengikut undang2. 

Jika ingin maklumat lebih lanjut, sila buat temujanji. Saya pun jual BERUS GIGI juga!!  

Wednesday, October 7, 2015

Kisah Dua Darjat! Salah Guna Kuasa!

Viral di media sosial kisah penguatkuasa DBKL yang di syaki menerima suapan / rasuah walaupun video tersebut tak lengkap atau di edit hanya pada ketika cina itu cuba menghulur sesuatu. 

Masyarakat terus jatuh hukum penguatkuasa itu bersalah. Beliau langsung tidak dapat bersuara atau mempertahankan hak dia. Tidak ada sesiapa pun yang akan mempertahankan beliau. Kerana jawatan dan pakaiannya telah menjadikan reputasinya tercemar. Padahal kita patut lebih terbuka untuk menerima bahawa beliau bekerja di bawah seliaan, ada pegawai atasannya dan ada arahan tertentu yang beliau kena ikut. Jika benar beliau menerima suapan. Kita akan pastikan beliau tidak lagi berkhidmat dengan DBKL. 

Beza atau tidak dengan kes profile tinggi yang lain? Di mana orang yang merakam video di tangkap, orang yang dedahkan video juga di tangkap dan di dakwa. Mengapa pandangan Tuan Guru Haji Hadi yang menganggap video itu 'besi', bukan saksi yang layak, manakala peguam hak asasi manusia pula anggap video seks orang yang mirip Datuk Seri Anwar itu pula melanggar hak asasi manusia dan hak mereka melakukan seks kerana suka sama suka? 

Kenapa ada perbezakan dalam bentuk pandangan? Hukum juga berbeza kerana perlu saksi yang layak, sudut perundangan juga perlukan bukti penuduh dan laporan polis? 

Pandangan masyarakat dan umum tetap menjatuhkan hukuman pada penguatkuasa walaupun tiada video, mereka tetap cakap penguatkuasa dan biasa buat menerima rasuah. 

Kalau hanya penguatkuasa DBKL sahaja yang bersalah, saya rasa negara Malaysia ni lebih aman di antara mana-mana negara dalam dunia. Sebab penguatkuasa DBKL ada dalam 2 ribu orang je berbanding dengan 30 juta penduduk Malaysia. 

Saya bukan menyokong atau menentang, saya cuba berkata benar sahaja. Kalau kerana pandangan ini pula akan menyebabkan saya kena tindakan atau kena buang kerja. 

Saya cuma minta, beri peluang si pelaku dalam video membela diri. Bukan memaksa atau menuduh beliau mengaku salah atas perbuatan orang lain. Itu sahaja saya minta. 

Terima kasih. 

Sunday, August 30, 2015

Bersih 4 & Penguatkuasa DBKL!

Saya dah lali bila kena perli seolah2 saya menulis / buat kenyataan melebihi dari Datuk Bandar. Malah diberi amaran juga kerana penyataan saya. 

1. Kerana Bersih 3, penguatkuasa DBKL dapat Bayaran Insentif Penguatkuasa sebanyak RM200 sebulan. Ketika itu yang jadi Menteri Wilayah adalah Senator Datuk Raja Nong Chik. Di umumkan juga pemberian wang tunai sebanyak RM10 ribu ringgit sebagai tanda terima kasih. 

2. Kerana Bersih 3 juga, Timbalan Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyidin Yassin datang ucap tahniah & syabas di Padang Kawad JPK DBKL. 

3. Penglibatan kita ( penguatkuasa DBKL ) mungkin tak membuka mata pihak berkuasa lain. Hanya yang terlibat sahaja tahu suasana yang berlaku. 

4. Kalau tidak kerana Bersih pun, himpunan hijau, oren & beberapa siri himpunan GST, Occupy Dataran, & macam-macam himpunan lagi berlaku di Dataran Merdeka. 

5. Kita tetap lupa! Walau berapa jenis himpunan pun! 

*gambar hiasan petugas Bersih 4 di Dataran Merdeka! 😜

Sunday, July 5, 2015

Laporan Polis berkenaan Iklan Billboard Ucapan Selamat Hari Raya berlatarbelakang gambar Babi Bersongkok di Pavillion KL

Thsl Rpt : 22506/15
Tarikh / Masa : 05/07/15 @ 0922hrs
Klafikasi Kes : Belum Klafikasi
Peg Penyiasat : Insp Shahrir

Butir2 Pengadu
Nama : Asp Ishar B Abd Manaf
No Polis : G17409
Alamat : MPV Ipd D/wangi

Fakta Kes :
Pada 05/07/15 jam lebih kurang 0730hrs pengadu bersama Insp Awang Jaafar, Kpl 74485 dan Jurufoto Konst 184919 telah terima maklumat berkenaaan ucapan Hari Raya berlatarbelakangkan gambar babi bersongkok di billboard Pavillion Bukit Bintang. Terdapat gambar iklan yang dipamerkan pada skrin billboard digital iaitu gambar Babi berpakaian baju melayu dan bersongkok dengan ucapan Selamat Hari Raya. Gambar ini telah diselangselikan dengan gambar yang lain.

Hasil siasatan
Jam l/kurang 9.30 Pagi sampai dihadapan pavilion bersama Dsp Chua, dan Pegawai DBKL bernama Insp. Baharum.
- kesemua ada 28 papan Ikan Eletronic dari jalan Raja Chulan ( hadapan Cosway ) mengelilingi pavilion sehingga jalan Bukit Bintang ke Simpang jalan Bukit Bintang / jalan sultan Ismail. 
- syarikat OOHM yang mendapat tender yang diluluskan oleh pihak Perlesenan DBKL Untuk pasang disekeliling Bukit Bintang. 
- keterangan syarikat OOHM : 

OOHM INTERNATIONAL HOLDINGS SDN. BHD. (903441-A)
Unit No. B-11-5, 11th Floor, Block B, Northpoint Offices, Mid Valley City
No.1, Medan Syed Putra Utara, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia.
- pihak polis sedang dalam usaha menghubungi peg DBKL Untuk Matikan papan tanda yang mengiklankan sehingga siasatan selesai.

Tuesday, June 30, 2015

Sebaran KSDBKL! Program Bersama Datuk Bandar!

Program Car Free Morning Bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur :-

Tarikh - 5 Julai 2015 (Ahad)
Jam - 6.30 pagi. 
Tempat - Dataran DBKL

Pakaian - T-shirt SUKANUN (kolar atau leher bulat)
Aktiviti - berbasikal, berjogging, berjalan atau naik kereta kuda. 

Yang Di Pertua  / Presiden berharap ahli/atlit KSDBKL akan memberikan kerjasama dgn menyertai program ini dan menunjukkan sokongan kita kepada Datuk Bandar yang telah banyak membantu KSDBKL.

Terima kasih. 

Monday, June 29, 2015

Senarai Exco KSDBKL 2015 / 2016

Sesi pemilihan Exco KSDBKL 29 Jun 2015 yg ke 28 adalah spti berikut:-
1. YDP - 
Alias Marjoh JRBB 155
Rolan A Rahman KWP 10

2. NYDP 1 - Khairul Azmir Ahmad PCLP - Menang Tanpa Bertanding

3. NYDP 2 - Hisham Hj Izhar JPK - Menang Tanpa Bertanding

4. SU Kehormat - Yazid Abd Rahim JKKS - Menang Tanpa Bertanding

5. PSU Kehormat
Rozian Long JPK 83
Hisham Hashim JPK 38

6. Bendahari - Fauzi Omar KWP - Menang Tanpa Bertanding

7. Pen Bendahari - Zulkifli Yusoff PCK - Menang Tanpa Bertanding

8. Exco KSDBKL
A. Abd Rahman Koyakutty JKAS
B. Mohd Shahrul Kamal Abdullah JPK
C. Mohamad Yassin JPK
D. Mohd Karim Ahmad JPK
E. Netee Zuraini JKKS
F. Baharom Jahar JPK
G. Isa Tahir JPK
H. Ku Halim Ku Musa JPK

Lain2 portfolio akan dibuat lantikan semasa mesy pertama exco ksdbkl sesi 2015/2016 yg dijangkakan akan diadakan sebelum Hari Raya Aidilfitri 2015. Tq

EXCO KSDBKL 2015 / 2016


Sebenarnya, inilah barisan EXCO yang di cadangkan sebelum ada senarai edaran di keluarkan oleh mana-mana pihak. 

Pihak pergurusan Kelab Sukan berjaya menepati sasaran barisan EXCO 100 peratus! 

Tahniah pada EXCO KSDBKL 2015 / 2016 yang dilantik! 😎

Sunday, June 28, 2015

UNDI SAYA! HARIMAU BANDARAYA! KSDBKL 2015/16

Segala puji pujian bagi pencipta sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan. 

Rupanya nama saya yang di senaraikan itu adalah benar, nama Hisham Hashim yang di calon kan sebagai penolong setiausaha kehormat / penolong bendahari kehormat itu juga adalah benar.

Wahai saudara saudari tuan tuan dan puan puan sekelian, jika itu adalah amanah dan tanggungjawab yang bakal di berikan, saya tak akan lari kerana saya anggap itu adalah harapan dan kepercayaan orang. 

Tapi saya menyatakan terharu pada mereka yang menyatakan sokongan dan minta di suarakan beberapa pekara berkaitan perjalanan kelab. Saya tersentuh dengan kata kata beberapa orang kenalan lama yang saya faham begini: 

'yuran ahli kelab di potong tapi tak pernah dapat sebarang faedah pun'.. 

Jadi saya terfikir, inilah akan jadi perjuangan saya nanti. Memastikan setiap sen yang di potong dari ahli kelab di belanjakan pada urusan yang benar benar mendatangkan manafaat bersama di samping mendapat faedah yang lebih baik. 

Oleh yang sedemikian, saya mohon jasa baik pihak kawan kawan rakan taulan untuk memberi sokongan kepada saya. 

Terima kasih! 😄

Di bawah ini disertakan lampiran nama nama mereka yang bakal bertanding juga. Sokong lah mereka juga. Kerana kelab memerlukan mereka yang boleh bekerja sebagai satu pasukan! Buka. Atas kepentingan peribadi atau beberapa orang! 

Team A! 

Team B! 





Saturday, June 27, 2015

Terkini! Perubahan Kabinet Bayangan KSDBKL!


Terkini! Senarai Kabinet Bayangan KSDBKL berlegar lagi! Sila semak nama dengan teliti! 

Yang di nyatakan secara lisan, pemegang amanah En Salim bin Mansor. 

Jangan lupa hadir mengundi esok hari! 

😄

Kabinet Bayangan KSDBKL 2015 / 2016


Ada berlegar di kalangan whatsapp pegawai & ahli Kelab Sukan DBKL. Saya baca sekali lalu, terlihat nama saya sendiri! Iskh! Ada ke orang nak calonkan & undi saya? 

Saya agak ada orang yang sama nama, tapi siapa pula yang nama sama seperti saya di JPK atau DBKL? 

Sama-sama kita nantikan posting seterusnya dari saya.

Semoga kempen berjalan dalam situasi aman damai! 

😎

Datuk Bandar Kuala Lumpur!


Tahniah Datuk! 👍

Monday, May 25, 2015

Siapa Zalim? Penguatkuasa DBKL?

Isnin, 25 Mei 2015
Isnin, 6 Sha'ban 1436

DBKL mengapa kami asyik jadi sasaran?
KUALA LUMPUR - 24 MAY 2015 

Surat terbuka kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Nama saya Ahmek tetapi ramai kanak-kanak panggil saya pak cik aiskrim sebab saya penjual ais krim. Di mana ada sekolah, di situlah tempat kerja saya. Anak-anak sekolah adalah pelanggan saya.

Untuk pengetahun Datuk Seri, saya adalah antara 40 peratus rakyat Malaysia yang berstatus berpendapatan rendah. Meskipun kehidupan saya belum ke peringkat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tetapi saya perlu sentiasa sihat untuk menjual ais krim.

Dengan pendapatan daripada jualan aiskrim, saya perlu menampung kehidupan saya sekeluarga bersama ibu dan bapa yang sudah uzur di flat DBKL di Cheras.

Saya bukan peniaga ais krim yang bermodal besar. Dengan motor buruk yang sudah 'dewasa' umurnya, saya membawa setong kecil tempat ais krim dan satu tin yang diisi kon ais krim. Ais krim yang saya bawa untuk jualan bukan banyak - nilainya RM100 sahaja.

Saya bukan berniaga seorang tetapi berniaga bersama-sama rakan-rakan yang turut menjadikan kanak-kanak sekolah sebagai pelanggan kami. Meskipun begitu kami bersaing secara sihat. Asalkan ais krim yang dijual laku, ia sudah memadai.

Saya membuat surat terbuka kepada Datuk Seri untuk melahirkan rasa terkilan tentang sikap para penguatkuasa DBKL. Punyalah banyak kategori peniaga di Kuala Lumpur, mengapalah peniaga ais krim seperti kami ini sering diganggu.

Baik saya, mahu pun rakan-rakan senasib seperti saya - kami tidak menganggu lalu lintas, tidak membuang sampah merata-rata, tidak menyebabkan longkang tersumbat malah sentiasa menjaga kebersihan supaya ais krim yang kami jual tidak memudaratkan anak-anak.

Masalahnya mengapa para penguatkuasa Datuk Seri suka 'memburu' kami, mencari kesalahan kami.

Tindakan penguatkuasa Datuk Seri yang kerap menyerbu saya dan rakan-rakan saya sebaik sahaja keluar daripada van hijau semata-mata untuk periksa lesen motor, bertanyakan topi keledar, melihat pakaian dan tong ais krim amat menyusah dan memalukan kami. Apatah lagi serbuan dibuat ketika ramai kanak-kanak sedang berebut membeli aiskrim.

Muka memang terasa tebal apabila penguatkuasa yang datang bertanya macam-macam soalan di khalayak ramai seolah-olah kami penjenayah. Tetapi memandangkan untuk meneruskan kehidupan, kami pasrah dalam terpaksa.

Tahukah Datuk Seri, apabila penguatkuasa menyerbu saya, berapa kerugian yang saya alami? Mungkin bagi Datuk Seri RM10 atau RM20 tidak ada nilai tetapi tidak pada saya. Nilai RM10 itulah yang saya kumpul selama 30 hari untuk membayar sewa rumah, membeli keperluan dapur dan memberi 'kehidupan' kepada ayah dan ibu yang uzur.

Saya bukan penjenayah. Saya berniaga ais krim kerana saya tidak ada kemahiran lain. Ais krim yang paling mahal saya jual pun berharga RM2.50, jadi mengapalah peniaga-peniaga marhaen seperti kami ini dikawal seolah-olah melakukan kesalahan besar.

Sedangkan tidak jauh daripada sekolah-sekolah tempat saya berniaga terdapat banyak lagi kedai-kedai makan yang diusahakan oleh warga asing. Warung pula terang-terangan menggunakan tapak meletak kereta. Mengapa pemilik-pemilik warung berkenaan tidak diperiksa sekerap kami? Gangguan daripada penguatkuasa DBKL kepada penjaja seperti kami bukan baru. Sudah berpuluh tahun saya menjaja tetapi senario gangguan masih sama.

Banyak sangatkah kesalahan yang dilakukan penjaja seperti kami sehingga DBKL tidak nampak 'pesalah' lain. Atau mungkinkah penjaja seperti kami ini mudah di jadi kan sasaran? 

Saturday, February 28, 2015

Orang Lama!





Pagi tadi, saya minum pagi di sebuah restoran di sekitar seksyen 6 Setiawangsa. Muncul seorang 'abang' yang bertanya hal2 berkaitan penguatkuasa DBKL. Saya asalnya hanya lalu hntuk memantau iklan haram di sekitar kawasan, memandangkan dia dah menegur, saya pelawa beliau minum sama. 

Rupanya beliau bekas seorang penguatkuasa DBKL yang dah bersara tahun 1996. Kini umurnya dah 75 tahun. Saya pula agak segan nak bercerita hal semasa berkaitan penguatkuasa kerana tidak mahu tunjuk pandai. Tapi beliau dapat mengagak 'status' saya di 'Direktorat'. 

Selebihnya, biarlah jadi rahsia saya.. 

Friday, January 30, 2015

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) - PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N17


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)Jawatan kosong yang ditawarkan adalah seperti berikut :-

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) - PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N17

Sehubungan itu, suatu sesi temuduga terbuka akan diadakan seperti berikut :-
Tarikh : 7 FEBRUARI 2015
Hari : SABTU 
Masa : 8.30 - 10.00 pagi
Tempat : 
BILIK TAKLIMAT TINGKAT 3, MENARA DBKL 3, BANDAR WAWASAN, JALAN RAJA ABDULLAH, 50300 KUALA LUMPUR.
No.Tel : 03-2617 9613 / 9609

Perhatian kepada calon yang akan menghadiri sesi temuduga di atas sila bawa bersama kad pengenalan asal dan salinan, sijil kelahiran asal dan salinan, sijil SPM asal dan salinan (slip keputusan SPM tidak diterima), sijil-sijil persekolahan asal dan salinan, (SEMUA SALINAN DI ATAS HENDAKLAH DISAHKAN) serta sekeping gambar terkini berukuran pasport.

Sunday, January 11, 2015

Kasih Ku Pada Kuala Lumpur!

Al Fatihah! 

Saya baru terima berita kematian seorang isteri kepada seorang penguatkuasa DBKL kerana sakit denggi. Luluh hati saya lihat gambar arwah isteri dan anak-anaknya. 

Saya sedih kerana suaminya di Kelantan membantu mangsa banjir. Siapa berani mengaku kuat dan hebat ketika di timpa musibah dan ujian sebegini. Saya juga tak sanggup. 

Tapi kerjaya ini, kita yang pilih. Kita yang sanggup. Kita pilih jalan ini untuk berkhidmat. Harapan dapat mencari rezeki yang halal, rezeki yang di berkati untuk beri anak dan isteri makan. Walau apa pun ganjaran dunia, kita tak akan puas. Hanya yang berkuasa sahajalah yang menilai. Serahkan lah pada yang maha ESA. 

Esok juga hari pertama bagi persekolahan. Berdasarkan gambar. Anak-anak arwah juga bersekolah. Entah bagaimana saya nak gambarkan perasaan. Masih cuba untuk memujuk hari agar semuanya berlangsung dengan baik. Mudah-mudahan di permudahkan juga segala urusan. 

Esok juga ada temuduga kenaikan pangkat. Saya menilai erti sebuah keluarga, masa depan dan pekerjaan. Kita akan pilih yang mana? Pangkat atau persekolahan anak-anak kita? Yang pilih tarikh ini seolah tidak faham akan situasi. Tak mungkin saya nak salahkan sesiapa. Seperti yang saya katakan tadi. Ini pilihan yang kita ada. 

Semakin memberontak pula kerana tiada pembelaan. Oleh kerana pekerjaan ini yang kita pilih, kita jugalah yang perlu buat keputusan. 

Kesedihan ini semakin memuncak.. 

Friday, January 9, 2015

Penguatkuasa DBKL Kalah lagi! Tangkapan Tak Sah!

Saya paparkan surat yang berkaitan dengan tajuk. Saya rasa tak perlu kita ulas. Cukup sebagai tatapan warga Penguatkuasa DBKL. 

Thursday, January 8, 2015

Musim Naik Pangkat! & Kena Tukar Juga!

Jika saya katakan seseorang akan naik pangkat atau kena tukar, ramai akan percaya ke cakap saya? Sejak berkhidmat di JPK, adakah semua khabar angin akan jadi kenyataan?

Berapa ramai yang pernah kena macam saya dan percaya bulat-bulat setiap kali kes naik pangkat dan pertukaran itu jadi kenyataan? 

Ada yang bersurat pun belum tentu dapat keputusan. Malah ada juga yang turun pangkat juga.. 

Saya bagi contoh! :p 

Tuesday, January 6, 2015

DBKL hantar 200 orang lagi! Kuala Krai Kelantan!





Penguatkuasa DBKL

KUALA LUMPUR: Seorang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dipenjara enam bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menipu seorang peniaga, tujuh tahun lepas.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menjatuhkan hukuman itu terhadap P.Sugumaran, 44, selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, Ahmad Zamzani berkata pembelaan tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Sugumaran dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu secara serentak bermula hari ini.

Mahkamah juga memerintahkan Sugumaran menjalani hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan, jika gagal membayar denda itu. 

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam S.Ramesh yang mewakili tertuduh untuk penangguhan perlaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Sugumaran didakwa memperdaya M.Sathivelu untuk menyerahkan wang tunai sebanyak RM600 dan RM1,200 melalui dua transaksi ke akaun AmBank (M) Berhad miliknya bagi mendapatkan kelulusan enam tapak pasar malam di Lorong Tunku Abdul Rahman Masjid India masing-masing pada 11.34 pagi 7 Mei 2008 dan 1.42 pagi 29 Mei 2008 di AmBank Cawangan Jalan Pudu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dengan denda atau kedua-duanya.

Sepanjang prosiding perbicaraan, pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lokman Kasim, memanggil empat saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan. - BERNAMA

Thursday, January 1, 2015

GERAKAN BANTUAN BENCANA BANJIR KUALA KRAI KELANTAN OLEH DBKL

2 Januari 2015,

Salam Tan Sri, Datuk, Tuan, 

GERAKAN BANTUAN BENCANA BANJIR KUALA KRAI KELANTAN OLEH DBKL 

KEKUATAN PETUGAS

a) Jabatan Penguatkuasaan - 20 orang
b) Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar - 58 orang
c) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal - 24 orang
d) Jabatan Landskap dan Rekreasi - 6 orang 
Jumlah kekuatan  - 120 orang

LOGISTIK
( Jabatan Penguatkuasaan ) 
1. Xtrail - 2 unit
2. Pejabat Bergerak - 1 unit
3. Lori Angkut - 3 unit
4. Isuzu 4x4 - 1 unit
5. Van - 1 unit
6. Motosikal Cub Honda - 1 unit
7. Water Tender - 1 unit

( Jabatan Kesihatan ) 
1. Flat Bottom Lori 3 tan - 3 unit
2. Lori Terbuka ( open lorry ) - 5 unit
3. Lori Tanker - 2 unit
4. Lori Highthing - 1 unit
5. Lori Pickup - 1 unit
6. Lori peralatan ( fogging) - 1 unit
7. Lori pickup fogging - 1 unit
8. Ambulan - 1 unit

( Jabatan Kejuruteraan Mekanikal ) 
1. Lori Flat Bottom - 1 unit
2. Lori pickup - 1 unit
3. Water Tanker - 1 unit
4. Shovel - 1 unit
5. Back Hoe - 2 unit
6. Prime Mover - 2 unit
7. Tipper High Side - 6 unit
8. Bas 34 seat - 1 unit

( Jabatan Landskap dan Rekreasi ) 
1. Xtrail - 1 unit
2. Crew Cab - 1 unit

HISHAM HASHIM 
JABATAN PENGUATKUASAAN 
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR 

Bantuan Kemanusiaan Bencana Banjir Kuala Krai Kelantan