Thursday, October 29, 2015

Kereta Elektrik Penguatkuasa DBKL!


Viral pasal kereta elektrik yang di gunakan oleh penguatkuasa DBKL. 

1. Kena faham peranan syarikat & pihak berkuasa tempatan. Kerana ada projek atau pembangunan memerlukan kerjasama & penyelidikan. Kereta elektrik itu adalah salah satu dari program penyelidikan. 

2. Tiada kos pembelian. Tidak mengunakan cukai rakyat atau cukai hiburan atau cukai pintu atau GST, atau menyebabkan pembaziran kerana nilai kenderaan tersebut atas nilai kos 'sampel'. Sepertimana kita mencuba makanan atau syampoo atau paket atau hadiah percuma dari pembelian lain. Contoh beli milo dapat sepeket maggi. 

3. Setahu saya, projek kereta elektrik tu adalah sebahagian dari projek Go Green yang di lancarkan di luar negara dan di bawa masuk oleh beberapa syarikat 'berjenama' di dalam negara. 

4. Seperti mana kita sumpah seranah pada kerajaan Indonesia kerana jerebu, begitulah juga mereka sumpah seranah pada kenderaan yang tak keluar asap ni. Kenapa jadi begitu? Kita benci asap atau kita suka asap? 

5. Kena ingat, bahawa kereta elektrik ni adalah 'sampel percuma' yang diberikan kepada DBKL untuk  di uji cuba. Oleh kerana yang banyak 'berjalan' & 'sentiasa di lapangan', Jabatan Penguatkuasaan DBKL di pertangungjawabkan beberapa unit sebagai projek 'pilot' kepada usaha Go Green tersebut. 

6. Saya ada lihat, syarikat yang sama 'mengedar' kenderaan kereta elektrik ni bertindak 'menyewakan kepada warga / penduduk Putrajaya. Lokasi sewaan depan Masjid Putrajaya. 

7. Saya ingatkan sekali lagi, kos yang terlibat itu tidak membebankan rakyat, tak menggunakan duit rakyat atau sebarang cukai dari rakyat. Malah, cukai jalan pun saya agak tak perlu bayar ( bagi kenderaan penguatkuasaan ). 

8. Cuba fahami usaha PBT atau pihak berkuasa tempatan nak menyediakan suasana yang selesa & sihat untuk kesejahteraan generasi akan datang. Kita bangunkan segala kemudahan untuk keselesaan. Bukan buat untung dengan duit cukai atau jadi kaya raya dengan cukai. 

9. Bagi pihak DBKL & Jabatan Penguatkuasaan, kami dengan sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dari masa ke semasa. Kerana kami juga adalah warga kota Kuala Lumpur. Walaupun asal usul kami dari Perak, Kedah, Perlis atau Johor sekali pun. Kami berkhidmat! 

10. Jangan percaya cakap saya jika tak mampu menerima pandangan atau berfikir dengan positif. Kita kan sama.. 

Ikhlas dari saya
Hisham Hashim
Pekerja Rendah Awam Kelas 3

No comments:

Post a Comment