Thursday, January 14, 2016

Kerja nak membelit!

Arahan kerja adalah alasan terbaik untuk membuktikan kita buat kerja dengan betul. Kita perlukan hormat orang untuk melakukan pekerjaan? 

Saya kerja tak bagus pun. Saya tahu kerja saya tidak di sukai orang. Termasuk orang lama, orang baru dan pegawai atasan. Sebab saya nak kerja senang! 

Untuk tahun ke 17 saya bekerja, saya ambil pendekatan mudah. Saya akan lakukan dengan cara yang paling mudah. Contoh, jika saya dapat arahan untuk banci car wash, saya akan banci car wash mengikut nama jalan, lokasi yang sehala, status tanah, nama pemilik, tempoh masa atau butiran sokongan yang membolehkan mereka beroperasi. Bukan main langgar sahaja tanpa usul periksa. Boleh jadi mereka ada kebenaran, boleh jadi ada lesen sementara, boleh jadi mereka bersaudara dengan mana-mana pegawai jawatan utama sektor awam.. 

Bila ada peluang jaga kawasan, saya ambil peluang mengenalpasti masalah kawasan, persatuan, ngo atau badan politik yang mentadbir. Logik mudah, supaya urusan kerja lebih mudah di buat dengan bantuan mereka. 

Bermusuh? Jika tak berkaitan dengan bidang kuasa dan tugas, saya tak ambil tahu. Bukan masalah saya. Cuma masalah pada kawan-kawan yang ada kepentingan dalam kawasan. Ada nak tunjuk kuasa, ada nak tunjuk power, ada nak tunjuk samseng. Konon mereka buat kerja. Konon mereka ikut arahan. Konon mereka ikut peraturan. Nak tunjuk kurang ajar pada orang awam atau nak lagak kurang ajar sebab dah pakai songkok? 

Padahal nak sarapan pagi atau nak makan tengahari pun sama cari kedai geleng.. 


No comments:

Post a Comment