Tuesday, April 12, 2016

Gred 17!

Saya pernah tulis, saya pernah sebut, saya ulang tulis dan saya ulang sebut! 

Cadangan saya sangat mudah. Bagi mereka yang ada kelayakan SPM atau setaraf, Gred permulaan adalah Gred N17. 
Selepas cukup tempoh 8-10 tahun, naik kepada Gred N19. 
Begitu juga pada Gred N19, setelah 12- 15 tahun perkhidmatan naik kepada Gred N22. 
Selepas 17-20 tahun naik Gred N26. 

Saya rasa dengan penambahan gred itu, sudah cukup menghargai kakitangan perkhidmatan awam kumpulan sokongan. 
Kenaikan tahunan berubah setiap 5 tahun juga adalah lebih baik dengan mengambil kita faktor kenaikan harga barangan dan pasaran dunia. 

Susah ke pihak pentadbir dan perkhidmatan awam memahami? 

Saya letak contoh Gred 41, mereka boleh naik Gred sehingga TURUS 1! 

41, 44, 48, 52, 54, JUSA C, JUSA B, JUSA A, TURUS 3, TURUS 2 dan TURUS 1. 

Mereka ada 10 peluang kenaikan GRED! 

No comments:

Post a Comment