Thursday, April 14, 2016

Penyelarasan Gaji Tahun 2007!

Bagi saya, ini cara orang bijak mengendalikan penyelarasan berdasarkan pendapatan negara & nilai semasa. Jom baca sebagai kenangan! 😋

GAJI KAKITANGAN NAIK SEHINGGA 35 PERATUS 

PUTRAJAYA: , 21 Mei (Bernama) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35% berkuatkuasa 1 Julai ini.

Kerajaan juga menaikkan kadar bantuan sara hidup atau COLA sebanyak 100%.

Gaji pokok Kumpulan Sokongan 2 (iaitu Gred 1 hingga 16) dinaikkan 35%, Kumpulan Sokongan 1 (iaitu dari Gred 17 hingga 40), dinaikkan 25%, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dinaikkan 15%, dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi, dinaikkan 7.5%.:D 

Kerajaan juga memutuskan untuk memberi kenaikan tambahan kepada Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia sebanyak 20% di atas peratusan kenaikan gaji untuk semua anggota sektor awam yang diumumkan hari ini.

Pengumuman Perdana Menteri itu pada perhimpunan Hari Pekerja sektor awam 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, disambut tepukan gemuruh, dan di akhir ucapannya, Abdullah diberi penghormatan sambil berdiri oleh mereka yang hadir yang melaungkan "Hidup Pak Lah".

Perdana Menteri berkata faktor kedua adalah keperluan untuk menarik serta mengekalkan modal insan yang berkelayakan, berprestasi tinggi dan bermotivasi dalam sektor awam.

Faktor ketiga ialah kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak dunia yang memberi kesan besar kepada kumpulan berpendapatan rendah.

Faktor keempat, kata Perdana Menteri, adalah kemampuan kewangan kerajaan di mana pengutipan cukai negara telah bertambah dengan ketara manakala keberkesanan perbelanjaan telah dapat ditingkatkan.

"Dalam memutuskan kenaikan gaji, kerajaan sentiasa berjaga-jaga akan kesannya kepada kewangan negara. Sebarang kenaikan gaji akan juga melibatkan pengiraan pencen serta elaunelaun tertentu.

"Dengan itu, kuantum kenaikan telah diputuskan secara cermat dan berhemat. Kerajaan telah berjaya mengurangkan defisit perbelanjaan kerajaan daripada 5.3% dalam tahun 2003 kepada 3.5% tahun lalu dan pengurusan fiskal berhemat ini akan diteruskan," katanya. BERNAMA

dipetik dari mstar online

No comments:

Post a Comment