Wednesday, June 22, 2016

Judi dan Pelacuran!

Selawat dan salam ke atas junjungan..

Saya tidak menulis atas kapasiti undang-undang negara atau jawatan saya. Hanya berdasarkan pemerhatian dan cakap-cakap orang. 

Judi. 

1. Apa cara paling mudah untuk mendapat untung dan paling singkat? 

2. Berapa modal yang di perlukan dan berapa banyak wang kemenangan yang bakal di perolehi? Setakat pemerhatian saya, ada yang guna modal serendah 2 ringgit untuk dapat habuan kemenangan hingga 24 juta ringgit. Malah beberapa tahun lepas, seorang doktor dari Wangsa Maju menang 48 juta ringgit. 

3. Apa pelan atau kertas kerja atau jaminan bank atau jaminan orang kenamaan untuk memulakan perniagaan? Berapa besar pula pinjaman yang di perlukan? Sedangkan untuk berjudi, ada yang bayar harga serendah 50 sen untuk menikam nombor ekor secara gelap, boleh menikam nombor secara halal perundangan dengan nilai serendah  1 ringgit. 

Pelacuran.

1. Saya akui, benda sedap! Jangan tanya saya bentuk sedap itu. Cubalah guna imiginasi sendiri! 

2. Permintaan dan pendapatan. Ada yang minta, dan ada yang dapat bayaran. Bukankah itu prinsip orang berniaga? Ada orang dapat perkhidmatan yang dia mahu dan dia bayar atas harga yang di persetujui. 

3. Tak setuju dengan saya? Faktor hukum dan agama? Anda boleh berhenti membaca dan terus berdoa agar duit jatuh dari langit. 

Kesimpulan. 

1. Mengapa anda nak buat aduan berkaitan judi dan pelacuran? Tak menepati citarasa anda? Anda rasa bertanggung jawab pada agama bangsa dan negara? 

2. Jika anda buat aduan / lapuran ke balai polis berhampiran, malam nanti pintu rumah anda di simbah cat? Anda rasa siapa akan melindungi anda? PBT atau Polis? 

3. Selagi aduan anda belum selesai, sepanjang tempoh penyiasatan dibuat, siapa akan menjaga keselamatan anda? PBT atau Polis? 

4. Jika anda berseorangan membuat aduan, agak-agak siapa akan jaga waris anda nanti? PBT atau Polis? 

Sebenarnya semua orang tahu bahawa PBT ni hanya mempunyai kuasa ke atas harta benda awam atau kepentingan Datuk Bandar ( Majlis ) sahaja. Mereka tak ada kuasa pada kesalahan maksiat, perjudian dan pelacuran. Perwakilan kuasa / undang-undang yang di miliki setakat pada hal-hal berkaitan kepentingan harta benda atau tempat awam seperti bangunan, jalan raya, siar kaki, kaki lima, padang awam. 

Yang ada kuasa pada tubuh badan adalah pihak Polis, Imigresen, atau apa-apa agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. 

PBT biasa bantu rampas barangan sahaja. Tak boleh sentuh tubuh badan termasuk warga asing yang masuk secara sah atau tidak. Jika PBT yang pegang, tangkapan itu tidak sah! 

Jadi, mari kita sama-sama fikir, sebenarnya kita nak salahkan siapa? 

1. Salah kerajaan! Mereka yang ada kuasa. Mereka yang patut menyediakan sistem perundangan yang memakmurkan rakyat! 

2. Salah kita! Siapa suruh kita undi pemimpin yang tak berapa cerdik! Kita undi mereka, mereka tak pula memikirkan bentuk undang-undang yang perlu bagi membenteras antiviti judi, maksiat dan pelacuran. 

3. Salah kita kerana tak dapat nak berfikir secara waras. Aktiviti judi dan pelacuran tu dah tentu di terajui oleh kumpulan gangster dan samseng. Kalau kita setakat baru nak acah-acah ada silat talipingang hijau. Jangan dekat! Tak pasal-pasal bersepai kepala kena peluru atau keras dalam tong drum bersimen. Mujur tak kena kerat dan bakar tu dah kira bertuah dah! 

Sekian! Terima kasih kerana baca.