Saturday, March 11, 2017

Sistem Shif 2017

Sistem Shif ( Sabtu Ahad Hakiki ) 


Contoh permasalahan, 


  1. Balik kampung

Hampir setiap orang penguatkuasa atau pasangan ada kampung di luar Wilayah Persekutuan. 

  • ada ahli keluarga di luar wilayah 
  • ada harta / aset di luar wilayah
  • ada perniagaan luar wilayah 
  • ada isteri / keluarga lain ( maaf ya ) dalam negara / luar negara 


  1. Fardu Kifayah
  • kenduri kendara
  • kematian
  • Sakit demam / kemalangan / bencana


( No 3 dan seterusnya akan ansur-ansur saya jelaskan ) 


Saya lihat dah lama 'sistem shif' berlaku di beberapa unit tanpa ada masalah, kenapa hari ini waktu kerja shif jadi masalah pula? 


Contoh,

  • Unit Skuad Penyelamat
  • Unit Senjata Api
  • Unit Radio / SD Pusat
  • Bilik Handheld / Bilik Walkie Talkie
  • Unit Berkuda
  • Unit Brassband 


Mengapa unit-unit yang saya sebut ni elok je kerja shif sepanjang tahun? Unit-unit lain masuk kerja jam 4 pagi, masuk kerja jam 10 pagi, masuk kerja jam 2 petang, masuk kerja waktu yang berbeza sepanjang masa sepanjang tahun. 


Sebenarnya pihak pengurusan tahu atau tidak? Waktu kerja shif dah lama di praktikkan di JPK? 


Jadual kerja ( detail ) setiap hari berubah! 

Kalau ikut Perintah Am & Pekeliling rasmi kerajaan, waktu kerja pejabat adalah waktu kerja yang WBB yang masuk kerja jam 7.30 pagi, masuk kerja jam 8 pagi & masuk kerja jam 8.30 pagi.

Apa bagusnya waktu kerja selang setengah jam tu kepada jabatan yang menguatkuasakan undang-undang? 


Jawapan saya : PENYELARASAN! 

Penyebab : Ada kumpulan yang boleh balik kampung seminggu sebelum Raya, dan cuti seminggu lagi selepas Raya 🤣


#semakrekodcuti 

#jangankecamsaya


No comments:

Post a Comment